Tuesday, 21 February 2012

TIPS memilih KEMEJA LELAKI:)


Assalamuailaikum....apa khabar semua?????
Hopefully semua sehat and berada dalam keadaan BAEK okey....;)
Today Farread nak SHARE about TIPS memilih KEMEJA LELAKI...

Kalau kita lihat...kadang-kadang tue ramai lelaki yang tersalah
OR...
tersilap dalam memilih KEMEJA bila ingin memakainyer.....
kalau dah tersilap pilih mesti nampak tak cantikKAN N TAK HANDSOMEkan???
So...Farread nak SHARE ler sikit tentang
TIPS MEMILIH KEMEJA LELAKI!

Mesti ramai yang nak tahu kan especially LELAKIkan???
so,,,jom BACA kat bawah nie.....
POMPUAN pon leh baca gak untuk panduan untuk membeli hadiah kepada
PASANGAN korang supaya pasangan korang tue nampak 
BERGAYA n TERTARIk....heheheh:)

jom BACA!
________________________________________________________________________
Kalau perempuan rasa tidak lengkap tanpa dress dan skirt dalam almari, lelaki juga sebenarnya sama juga begitu cuma bukanlah penuh dengan skirt tapi memiliki pakaian formal terutamanya kemeja dengan potongan tepat. Kali ini, saya nak bagi tips untuk memilih kemeja yang terbaik supaya nampak lebih menarik;

Tukang Jahit
Menjadi keutamaan bagi anda memilih tukang jahit yang benar-benar anda percaya. Survey dulu beberapa butik yang berpengalaman mereka dan menjahit pakaian formal. Kemudian buatlah pilihan tepat. Daripada perbualan awal tentang gaya, anda sudah boleh menilai tahap kepakaran seseorang tukang jahit. Lihat juga koleksi rekaan mereka sama ada ia menepati citarasa anda atau tidak. Tukang jahit yang baik tentu saja dapat mencipta gaya yang anda inginkan tanpa berdolak-dalih.
Fabrik
Pemilihan fabrik adalah elemen penting dalam menentukan keselesaan anda sebagai si pemakai. Pilihan kain kapas adalah yang paling sesuai untuk kemeja. Material yang lembut, kuat dan anti-kedut juga adalah alasan kapas sering menjadi pilihan tukang jahit untuk membuat kemeja. Italian Cotton adalah pilihan kebanyakan pereka fesyen antarabangsa. Namun bergantung juga kepada majlis yang anda ingin kunjungi. Pemilihan satin yang lebih lembut mungkin lebih sesuai untuk majlis makan malam. Jika anda tidak berani bermain dengan material, kemeja berfabrik kapas sudah cukup untuk anda kelihatan hebat!
Kolar
Kolar merupakan bahagian perincian kemeja yang sangat penting kerana ia menentukan keserlahan wajah ketika memakainya. Sebagai contoh, lelaki berwajah kecil perlu mengelak memakai kolar lebar kerana kolar saiz tersebut akan menenggelamkan wajah. Lelaki bermuka besar pula perlu mengelak memakai kolar narrow yang boleh menampakkan wajah menjadi lebih besar. Biasanya saiz kolar kemeja antara 14,14 ½, 15 dan 16 inci. Saiz kolar yang sesuai bergantung pada dimensi di bawah halkum.
Corak
Ramai lelaki tidak berani bermain dengan kemeja yang mempunyai corak. Kemeja bercorak membenarkan kita mencipta stail tersendiri dan disuaipadankan dengan aksesori tertentu. Kemeja bercorak dengan latar belakang putih biasanya lebih formal berbanding yang berwarna. Kemeja dengan corak garisan juga lebih sesuai untuk sesuatu upacara. Manakala corak kekotak kecil dan renggang akan memberikan kesan lebih bergaya berbanding dengan corak kekotak yang lain seperti Windowpanel dan Pastel.
 Warna
Pilihan kemeja warna biasa seperti biru dan putih nampak membosankan. Kita boleh memilih untuk memakai kemeja berwarna seperti kuning, jingga, merah atau sebagainya. Namun perlu diingat, pilihan warna lembut atau pastel adalah yang terbaik. Warna sebegini lebih formal berbanding warna terang yang lebih sesuai untuk pemakaian kasual. Satu perkara penting juga yang mesti anda tahu adalah pemilihan warna harus bersesuaian dengan warna kulit dan rambut anda.
Saiz
Perkara penting yang mesti anda tahu dan pastikan sebelum membeli sehelai kemeja adalah saiznya. Adakah saiz yang anda pilih sepadan dengan saiz tubuh anda? Adakah ia terlalu kecil atau terlalu besar? Kini terdapat pelbagai jenis potongan kemeja. Slim fit antara yang semakin popular berbanding potongan klasik. Untuk anda berbadan besar, pilihlah saiz yang sepadan. Saiz terlalu besar membuatkan anda kelihatan lebih besar. Bagi mereka yang agak berotot, slim fit membuatkan anda tampil segak bergaya.

okey...that ALL yang Farread leh kongsikan....
Hopefully korang leh ler APPLY dalam pemakaian korang k.....

DONE!

#keepinSENTUH...yeahhhh:)


THANKS BCOZ SUDI BACA...FOLLOW SEKALI TAU ^_^

0 Budak baik MENULIS :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...