Saturday, 31 March 2012

JALAN-JALAN SINI-SANA...FUYOO!




Wazz up...Wazz up semua!
Apa khabar semua? Hopefully semua sehat la kan???
Lama dah Farread tak update blog...rindu yang amat tau!
Dah baca tajuk entry kat atas kan????
"JALAN-JALAN SINI-SANA....FUYOOO!"
Hahahhaa...mesti semua nak tahu pasal apa kan entry kali nie???
So...jom baca.......buka mata luas-luas okey...wakakakaka......^_^

Before Farread berceloteh tentang tajuk entry di atas.....Farread bersyukur sangat kerana dapat results SPM yang "BOLEH LA".....Hahaha......malas nak cakap berapa A farread dapat.....but...bersyukur sangat tau!

Nak kata CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG x de la sangat....cukup-cukup makan je....tak ada apa yang nak dibanggakan kan.....hahahha.......Bila dah kuar results SPM....sekarang nie pusing pulak pasal course apa ler yang nak apply kan.......pening betol......but....luckily....banyak sangat yang membantu Farread dalam memilih course yang berpatutan dengan harga dan nilai results Farread....wakakaka....macam harga barang di supermarket pulak kan????^_^

Okey...now Farread nak berceloteh tentang tajuk di atas......"JALAN-JALAN SINI-SANA FUYOOO!"

For u all infomation....lepas je 2 hari dapat results SPM....Farread terus je pergi ke KUALA LUMPUR........actually Farread nak pergi ke JOHOR BHARU tapi farread pergi ke K.LUMPUR dulu......because Farread nak pergi ke JB tue dengan abang Farread yang live kat SETIAWANGSA.......korang jangan fikir Farread nak larikan diri after results SPM pulak okey......!

Farread bertolak dari KUALA LUMPUR hari sabtu because kenduri kahwin tue hari ahad.......hehehe......5 jam je dari KL ke JB.....lama gak tau...boring yang amat........Farread sampai kat sana dah malam sebab bertolak pon dah lewat...so,sampai pon agak lewat la kan????
lagipun...singgah kat MELAKA jap.....alang2 lalu...baik singgah kan?hehehe......baru jalan-jalan namanyer......bukan beli apa pun...jalan2 je tau!



Nak kata holidays x de la jugak....sebab bukan cuti sekolah pun kan????hahahaha.........
Actually Farread pergi ke JB tue untuk menghadiri majlis kahwin sepupu Farread yang anak perempuan PAK UDA n MAK UDA Farread......hehehehehe...lama dah tau Farread tak balik ke johor...dah LIMA tahun dah...sampai diorang pon ramai yang tak kenal Farrread.....sampai aty betol....sob3.....:'(
Bukan salah diorang pon kan???....Salah Farread gak...sebab lama dah tak balik.......bukan ape.....biasa ler kan...Farread kan dok kat HOSTEL.......^_^



Farread tak pergi lama pon kat JB tue....2...3...hari aje.....hahahaha.....^_^
After selesai je majlis kenduri tue....Farread n family bertolak balik ke KL sebab banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan.....hahahaha......^_^

After stay 2...3..hari kat KL...Farread balik ke KELANTAN.......:)
Letih yang amat........tak tau nak kata apa dah.......wakakaka.....^_^
Ermmmm....tue je la yang boleh Farread share kan......hikhikhik........^_^

Bubye GENG!!
See you in the next ENTRY........=)







THANKS BCOZ SUDI BACA...FOLLOW SEKALI TAU ^_^

Sunday, 18 March 2012

8 IDEA jadi "INSAN" yang AWESOME:)

Assalamuailaikum geng!

Apa khabar semua???
hopefully korang sehat la kan......lau x sehat tue...cepat2 ler makan ubat ye.....^-^
Bukan ape...nanti lebeyh parah lak...hehehehe....:)
Hari nie hari ahad dah...so..it means 3 days more untuk results SPM kuar.....-_-
OMG...takot yang amat.....but..nak wat cmner kan??..TAWAKAL je la....:)

Hari nie tetiba je rasa nak update blog...hehehhee...gatal tangan...^-^
bukan pe...boring yang amat...nothing to do....juz tengok TELEVISYEN je....huh!

Hari nie Farread nak share something dengan korang....
Farread nak share and coretkan tentang 8 IDEA JADI "INSAN" yang AWESOME!
Mesti semua nak dihargai oleh orang lain kan?
So,kita pon kenalah pandai menghargai orang lain kan???



Okey...jom baca kat bawah nie.....enjoy urself.....^-^

..................................................................................................................................................................

First and foremost adalah.......





PAKSA DIRI.

Sebagai insan biasa , kadang2 juga perlu memaksa diri melakukan perkara yang sukar daripada melakukan tabiat buruk..Beritahu pada diri sendiri bahawa korang boleh menyelesaikan masalah hanya 15 minit....Lakukan seger...Tak kisahlah dalam melakukan apa kerja pon ok....-_-

PERINGATAN.

Salah satu cara untuk menjadi insan yang terbaik adalah dengan mengingati orang lain....Lakukan aktiviti positif bersama teman , adik-beradik , @saudara mara untuk meningkatkan mood korang. Pilih satu aktiviti setiap minggu bersama seseorang....:)

LATIH DIRI.

Korang boleh belajar menjadi insan yang terbaik dengan melatih diri menjadi seseorang yang berdisiplin. Misalnya dalam bab melatih diri berhenti merokok.....Anggap je korang sentiasa berada di kawasan larangan merokok...

BAYAR TUNAI.


Membayar barang2 dalam bentuk tunai merupakan cara terbaik untuk menjadi seorang yang pandai berjimat cermat. Elak membawa kad kredit kerana akan memudahkan korang terus membeli dan berhutang.

MAKAN HANYA DI PINGGAN.

Apa tu? Ya, cipta peraturan sendiri dengan mengamalkan memakan makanan di dalam pinggan sendiri je. Bukan ape,ni dapat membantu korang mengawal dari terus manambah makanan lain ke dalam pinggan korang. Hasilnya, sihat dan langsing dengan cara tersendiri.

GALAKAN DIRI.

Jika satu hari nanti korang merasa kecewa , ingatlah bahawa korang mahu menjadi insan terbaik. Ambil beberapa minit untuk menulis surat tentang masa depan korang. Beberapa bulan kemudian , buka semula surat yang ditulis. Korang akan berbangga kerana telah mencapai impian yang ditulis suatu ketika dahulu.

CARTA.

Motivasi diri dengan sentiasa memberi peringatan pada diri sendiri. Bagaimana? letakkan senarai misi yang ingin dicapai, kejayaan yang telah tercapai, gambar2 yang memberi inspirasi, peta. peringatan dan sebagainya di papan carta yang digantung di bilik. Keputusannya pasti positif dan memberi inspirasi serta keyakinan setiap hari.

Lastly adalah.......

PERATURAN BERCINTA.

Untuk menjadi insan yang terbaik lebih2 lagi di dalam perhubungan percintaan, korang perlu tahu peraturan bercinta iaitu perlu ada 'give & take'. Atur jadual yang diperlukan ketika bersama si dia. Bukan apa.takut nanti si dia ter-nanti2 korang menonton wayang seperti dijanjikan sedangkan korang masih lagi di pejabat.



DONE!

Hopefully korang enjoy okey dengan entry nie n apply dalam kehidupan korang okey....^-^

SO...ENJOY YOUR LIFE AND BE AWESOME!




THANKS BCOZ SUDI BACA...FOLLOW SEKALI TAU ^_^

Thursday, 15 March 2012

OhmiGOD!....keputusan SPM on the way!

Assalamualaikum......


OMG!.....OMG!...OMG!
Buat pengetahuan semua results SPM is on the way...!
rasa berdebar...nervous....semuanyer ada tau.......MACAM mana ler nasib AKU....-_-
Hopefully dapat results yang GEMPAK n dapat apa yang aku impikan selama nie....kihkihkih...^-^
Rasa malas aje nak pergi ambik KEPUTUSAN tue......huh!....
Jantung nie bagai nak GILA dah berdetak.....DUP...DAP...DUP...DAP....-__-


Aku nie bukanler best students sebab tue ler RASA nak mati je nak pergi ambik results tue.....!
YA ALLAH....kuatkanlah JIWA dan RAGAKU ini.....AMIN...:)
Mesti kawan-kawan pon rasa macam Farread rasa kan??????
Kalau tak de rasa nervous tue memang tak NORMAL rasanyer........hahahaha...-_-


Just tinggal lebeh kurang seminggu je.....erm.....T_T
TAKOT yang amat.....warghhhhh...:'(


RESULTS SPM akan dikeluarkan 21 MAC nie.......-_-
Hari nie dah 15 MAC.....aiyoooo......!


kalau KORANG tak PERCAYA...mai BACA kat bawah nie.......-_-



images1 Keputusan SPM 2011 | 2012 diumum 21 Mac
Keputusan SPM diumum 21 Mac/semak keputusan spm 2012

PUTRAJAYA: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 21 Mac depan, menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini.
Pengumuman analisis keputusan itu pula akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di sini, jam 9 pagi pada hari yang sama.
Calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.
Bagi calon persendirian, keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri.
Keputusan juga boleh disemak menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SMS jarak nombor kad pengenalan jarak nombor angka giliran dan hantar ke 15888.
Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi 21 Mac hingga 12 tengah malam 27 Mac.
Seramai 468,808 calon mendaftar menduduki peperiksaan tersebut di 3,533 pusat peperiksaan seluruh negara tahun ini. – BERNAMA


Dah kasi BESAR tue........!

Farread Harap kita semua akan dapat keputusan yang BAIK and dapat
memenuhi cita-cita kita.....-_-

Berdoalah banyak-banyak okey.....^-^



THANKS BCOZ SUDI BACA...FOLLOW SEKALI TAU ^_^

Saturday, 10 March 2012

tips memilih SELUAR "DALAM"..:)

Assalamuailaikum.....ape khabar semua???
hopefully korang semua SEHAT la kan????
Farread mintak maaf sangat bcoz lama dah tak UPDATE blog....:)
bukan ape...Farread malas yang amat....:P
Plus x de MODAL.....kihkih....^-^
But...bila Farread bangon je dari tido hari nie...bukan bangun "PAGI" tau...but bangun tido "PETANG"....hahahaha...-_-
Farread dapat idea.....n idea itu adalah  "tips memilih SELUAR DALAM"...

Maybe isu or tajuk nie agak sensitive pada sesetengah orang...tapi bagi Farread perkara nie x de la sensitive mana pon....
TIPS MEMILIH SELUAR DALAM nie actually penting tau!
Kalau tersalah pilih...boleh memudaratkan pada seseorang tue...^-^ 

Jadi...marilah sama-sama kita membaca tips nie dan APPLY dalam kehidupan dan ketika membeli seluar dalam okey...:)


10 cara pilih seluar dalam sesuaiSeluar dalam menjadi isu sensitif bagi sesetengah orang dan tidak dibicarakan secara terbuka. Tapi disebabkan ketidakterbukaan minda ketika membincangkan soal itu membuatkan ramai melakukan kesalahan apabila memilih seluar dalam.

 

Pengurus Pemasaran Bahagian Pembelian dan Pembangunan Avon Cosmetics, Hanim Sharom berkata, seluar dalam mula diperkenalkan sejak akhir tahun 1800 untuk wanita iaitu tiga abad lewat berbanding lelaki.

Katanya, kini selari dengan peredaran masa, seluar dalam menjadi sebahagian daripada keperluan dalam berfesyen sama ada untuk wanita atau lelaki.

Masalah seluar dalam dan cara mengatasinya:

1. Apakah cara betul ketika mengenakan seluar dalam menentukan keselesaan pemakai?

Sarungkan seluar dalam dan tarik ke atas sehingga posisi selesa. Pastikan bahagian belakang seluar memenuhi keseluruhan punggung. Pastikan pita di bahagian pinggan dan perut tidak berlipat.

2. Di manakah posisi betul panel bawah seluar dalam?

Pastikan jahitan pada bahagian hadapan panel kelihatan dan tidak seharusnya terselit ke belakang bagi memastikan keselesaan sepenuhnya.

3. Pinggang seluar dalam sentiasa bergulung tapi bahagian pinggulnya selesa.

Anda mungkin memilih saiz seluar dalam yang salah. Pinggang seluar dalam mestilah berkedudukan tetap dan selesa serta tidak berlipat. Saranan saya, cuba saiz yang lebih kecil dan rekaan berbeza.

4. Kaki seluar dalam menggigit dan bergulung. Adakah ia pilihan yang betul?

Kaki seluar dalam tidak sepatutnya menggigit dan bergulung. Jika keadaan itu berlaku, tandanya anda memakai seluar dalam terlalu kecil. Periksa sama ada bukaan kaki seluar dalam berkedudukan sama dari sisi ke sisi? Jenis fabrik seluar dalam anda daripada bahan memeri atau berelastik? Jika masih mengalami masalah yang sama, pilih seluar dalam berpotongan tinggi.

5. Seluar dalam seperti mahu terlondeh

Pilihlah saiz seluar dalam yang betul. Seluar dalam yang muat dengan selesa adalah seimbang dan selari serta meliputi semua bahagian punggung. Ganti seluar dalam yang lusuh dengan yang baru kerana getah pinggangnya mungkin sudah hilang keanjalan.

6. Apa yang mesti dilakukan untuk mengelakkan garisan seluar dalam kelihatan pada pakaian?

Pilih seluar dalam berliputan penuh seperti potongan maxi atau potongan seluar pendek (short). Kedua-duanya memberikan keselesaan sama seperti seluar dalam biasa malah ia mampu mengelakkan kesan seluar dalam jika anda mengenakan pakaian ketat.

7. Apakah fabrik terbaik untuk memastikan keselesaan seluar dalam?


Ada pelbagai jenis fabrik yang digunakan untuk membuat seluar dalam. Fabrik terbaik tentunya yang diperbuat daripada kain kapas. Fabrik lycra spandex dan nylon spandex memberikan kebebasan dan regangan bebas dari segi kemasan untuk tubuh. Namun, saranan saya, apa juga pilihan fabrik seluar dalam anda, pastikan panel bawah dilapik fabrik kain kapas bagi memastikan serapan serta pengeringan segera.

8. Bila seluar dalam perlu ditukar baru?

Fikirkan bila berdepan bencana seperti kemalangan dan perlu dibawa ke hospital, tentu anda malu jika tersingkap kain, terdedah seluar dalam yang lusuh dan koyak. Seluar dalam memainkan peranan untuk meningkatkan keyakinan diri seseorang. Panduan untuk bertukar seluar dalam adalah: Jika lipatan pada kaki dan bahagian pinggang telah mengembang dan longgar, tepinya bergulung atau terlondeh, jahitan tets atau fabriknya menipis dan tidak selesa dulu. Inilah faktor yang menyebabkan anda perlu bertukar kepada seluar dalam yang baru.

9. Bagaimana menjaga seluar dalam?

Periksa label peraturan mencuci yang disediakan. Ia bukan sekadar hiasan tapi maklumat penting sesuai fabrik. Boleh juga cuci menggunakan uncang khas jika menggunakan mesin pencuci. Keringkan di tempat redup dan berangin. Panas terik akan menyebabkan fabrik elastik cepat longgar.

10. Bagaimana menentukan saiz sebenar seluar dalam anda?

Dapatkan tali pengukur kemudian ukur sekeliling saiz pinggang, ukur bahagian paling berisi di bahagian pinggul (biasanya 10 inci di bawah pinggang).

Ketahui saiz seluar dalam anda:)

"Pinggang Pinggul Saiz"

25” -25” 35”-36” S

27” -28” 37”-38” M

29” -31” 39”-41” L

32” -34” 42”-44” XL

35” -37” 45”-47” XXL

38” -40” 48”-50” XXXL

Hopefully korang boleh apply dalam kehidupan SEHARIAN korang okey...:)





THANKS BCOZ SUDI BACA...FOLLOW SEKALI TAU ^_^

Friday, 2 March 2012

TIPS memilih CERMIN MATA...:)

Assalamuailaikum semua......Apa khabar semua???
hopefully semuanyer SEHAT la kan......Pada hari JUMAAT yang penuh barakah nie Farread
nak kongsikan beberapa tips dalam memilih CERMIN MATA.....

Actually CERMIN MATA nie memainkan peranan penting tau bagi si PEMAKAI cermin mata..
kerana...
kalau tersilap dalam memilih CERMIN MATA maybe muka seseorang tue akan kelihatan PELIK atau
LUCU.....kehkehkeh.......:)

Tapi sebelum Farread berkongsi tentang TIPS memilih CERMIN MATA...Farread nak share satu
story dengan korang......hehehe...:)
Actually Farread sangat gembira tau because Farraed dah dapat LESEN P !
OMG...best betol bila dapat LESEN P nie......lau dah boleh LESEN P ni maknanyer Farread
dah  boleh DRIVE ler.....sebab tue la Happy tahap "GABAN" sangat-sangat......kehkehkeh....:D

Actually lama jugak proses untuk Farread dapat lesen nie tau....dalam masa 2 Bulan jugak la...
Sampai boring tau...but...x pe...kesabaran yang membuahkan hasil...hahahahah......:)

Nie la LESEN Farread...:)

Okey...DONE for my story......:)
NOW lets move to the TIPS...:)

_________________________________________________________________________________

TIPS MEMILIH CERMIN MATA


BUKAN semua orang mempunyai penglihatan yang baik. Masalah seperti rabun bukanlah asing bagi wanita mahupun lelaki. Di mana-mana sahaja, anda boleh melihat mereka mengenakan cermin mata.
Namun, apabila bercakap tentang cermin mata, bukan semua orang berasa gembira untuk memakainya. Mungkin kerana itu, mereka lebih suka memilih kanta lekap untuk melihat dengan lebih jelas.
Terdapat beberapa faktor mengapa sesetengah individu tidak kira lelaki mahupun wanita enggan mengenakan cermin mata. Bagi mereka, memakai cermin mata membuatkan wajah mereka seperti seorang yang skema, naif atau tidak menarik. Anda sendiri tahu, bagaimana cermin mata sering dijadikan ‘efek helah’ untuk ‘menghodohkan’ wajah sesuatu watak dalam sesebuah drama atau filem.
Namun, mereka sewajarnya mengakui bahawa cermin mata sememangnya praktikal untuk digunakan. Bagi mereka yang hanya memerlukan ‘bantuan penglihatan’ ketika membaca atau melihat objek yang amat jauh, cermin mata adalah aksesori yang lebih wajar untuk dimiliki kerana ia boleh ditanggal dan dipakai pada bila-bila masa dikehendaki. Jika menggunakan kanta lekap, adalah leceh untuk menanggal dan memakainya berkali-kali dalam sehari.
Tetapi, bukan itu sahaja masalahnya. Sesetengah orang terutamanya lelaki enggan berkaca mata kerana tidak tahu bingkai cermin mata yang bagaimana sesuai untuk mereka. Membuat keputusan ketika memilih cermin mata di kedai optik sering mengambil masa yang begitu lama. Jika tidak ada rakan yang menemani untuk memberikan pandangan, barangkali anda hanya akan pulang dengan tangan kosong.
Sebagai mana gaya rambut, bentuk kepala memainkan peranan penting dalam menentukan bingkai cermin mata yang sesuai dengan anda. Stailo kali ini memberikan panduan kepada para jejaka untuk memilih cermin mata yang sesuai sekali gus tampil segak dan bergaya.

Kepala bulat
Jika anda merupakan lelaki yang mempunyai bentuk wajah yang bulat seperti Elton John, iaitu rahang yang melengkung, berwajah penuh serta dagu dan pipi yang membulat, anda disaran memilih cermin mata yang boleh menonjolkan kontras. Pilih cermin mata berbentuk segi empat sama atau panjang tetapi berlensa agak besar. Jangan terlalu kecil kerana ia akan membuatkan mata anda nampak kecil. Elakkan memilih bingkai bulat atau lonjong kerana ia akan membulatkan lagi wajah anda.
GAYA rambut penting dalam menentukan bingkai cermin mata, namun, pilihan warna bingkai tidak menjadi masalah kepada lelaki berambut hitam.
Kepala petak
Jika anda memiliki wajah empat segi atau berahang petak, adalah lebih baik untuk anda mengenakan bingkai cermin mata yang bulat atau bujur kerana ia boleh ‘melembutkan’ sedikit bentuk kepala anda.
Kepala bujur
Jika kepala anda bujur atau lonjong, anda sebenarnya bertuah kerana wajah anda boleh menerima apa juga bentuk cermin mata. Anda boleh memilih bingkai bulat dan empat segi. Terbaik untuk anda ialah memilih cermin mata yang berbentuk empat segi tetapi tidak begitu berpetak.
Kepala segi tiga
Jika anda mempunyai kepala berbentuk segi tiga, tip asasnya, ikut seperti kepala berpetak. Pilih cermin mata yang bulat untuk memberi keseimbangan. Lebih bulat lebih baik.
Kepala bentuk hati
Jika anda memiliki bentuk wajah sebegini, bentuk cermin mata yang paling sesuai untuk anda ialah yang bujur. Bingkai yang lebih lembut akan menyeimbangkan bentuk wajah anda. Bingkai empat segi yang besar juga boleh dipertimbangkan.
Selain itu, apa yang perlu diberi perhatian apabila hendak memilih cermin mata ialah jangan sesekali memilih cermin mata yang menutupi kening anda. Pastikan kening anda kelihatan walaupun memakai cermin mata bulat atau empat segi yang besar.
Memandangkan kebanyakan kita di Asia berambut hitam, pilihan warna bingkai cermin mata tidak begitu menjadi hal.
Mengenai rim (bingkai depan) pula, ada sesetengah kita tersepit dalam memilih cermin mata rim penuh atau rim separa atau langsung tidak berim. Tipnya mudah. Lihat berapa kuat kuasa cermin mata anda. Jika lensa cermin mata anda tebal, masakan anda mahu memakai cermin mata yang tidak berim sehingga membuatkan orang boleh melihatnya dan bertanya ‘berapa kuasa cermin mata anda?’
Bagaimanapun, Stailo! mendapati trend hari ini memperlihatkan cermin mata berbentuk maskulin dan tradisional lelaki kembali bangkit.
Bingkai horn-rimmed atau jenis aviator dilihat kembali menawan hati para lelaki. Bingkai yang tebal dan besar termasuk pada bahagian temple (bahagian cermin mata yang memanjang di tepi dan menyangkut telinga) menjadi trend tanpa mengira warna.
Cermin mata bingkai plastik agak tebal ala Clark Kent (biasanya berwarna hitam atau coklat) juga meraih perhatian dengan kembalinya gaya retro.
Cermin mata langsung tidak berim pula sesuai untuk jejaka berjiwa manimalis.

DONE!
Hopefully korang ENJOY and dapat apply dalam kehidupan korang yer!
Especially bagi SI pamakai CERMIN MATA.....:)







THANKS BCOZ SUDI BACA...FOLLOW SEKALI TAU ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...